Cara Menjana RM300 Sebulan Dengan Dropship

Posting Pertama ini  memberi tahu  anda situasi bagaimana anda boleh menjana pendapatan RM300 sebulan dengan menggunakan konsep dropship.Saya ketengahkan kepada anda satu kisah benar. Namun, saya telah mengubah beberapa perkara mengenai beliau demi menjaga privacy beliau.

Cukuplah dengan gelaran Ali...

Ali menyertai sebuah program dropship di Internet yang menawarkan ratusan produk untuk dijual kepada para pelanggan.Ali telah memilih untuk menjual t-shirt berkolar lelaki ala-ala jenama Polo yang ditawarkan oleh program tersebut. Harga borong bagi t-shirt lelaki tersebut ialah RM25 dan harga pasaran pula ialah RM40.Jadi keuntungan kasar di situ ialah RM15!Ali telah mencipta satu Facebook Fan Page khas yang di beri nama

"Kami Suka T-shirt Berkolar!" yang telah mencecah 450 fans dalam
masa sebulan.

Dengan bermodalkan sekeping gambar, Ali secara purata telah berjaya menjual 3 helai t-shirt berkolar setiap minggu di Fan Page tersebut. Sebulan Ali berjaya menjual secara purata 12 helai t-shirt yang memberikan jumlah jualan sebanyak RM480.

Selain itu, Ali juga ada menjual t-shirt lelaki ini kepada rakan-rakan sepejabatnya kerana mereka asyik bertanya di manakah Ali mendapat t-shirt lelaki yang sangat menarik tersebut.

Oleh kerana Ali adalah seorang yang peramah, beliau berjaya menjual 10 helai t-shirt berkolar lelaki tersebut di pejabat setiap bulan yang bernilai RM400.

Secara total, Ali berjaya menjual 22 helai t-shirt berkolar yang memberikan jumlah jualan sebanyak RM880.

Daripada jumlah tersebut, Ali mendapat keuntungan bersih sebanyak RM330 berdasarkan keuntungan RM15 bagi sehelai baju yang terjual.

Nampaknya Ali berjaya mendapat keuntungan bersih RM330 sebulan tanpa perlu simpan stok, tanpa perlu hantar produk & sebagainya.

Kisah Ali di atas hanyalah cebisan kecil daripada ratusan kisah kejayaan mereka yang berjaya menjual produk menggunakan konsep dropship secara online ataupun offline.

  Saya hanya ketengahkan satu cerita yang realistik untuk dicapai oleh anda.

Apa yang saya tahu, ada individu terdekat saya sudah berjaya menjana pendapatan 4 angka secara konsisten setiap bulan dengan menggunakan konsep dropship ini.

Beliau juga menjual pakaian. ;)

Sumber rujukan :Email Team Flarebiz

No comments