3 Cara Nak Cari Produk Untuk Dijual Secara Dropship?

Berniaga dengan menggunakan konsep dropship merupakan salah satu cara paling mudah untuk anda menjana RM10 yang pertama di Internet.

Sebelum kita berbicara mengenai keuntungan puluhan ribu ringgit setiap bulan, eloklah jika anda mengambil serius perniagaan menggunakan konsep dropship ini.

Pada kali ini saya ingin terangkan kepada anda bagaimana
hendak mencari sumber untuk anda berniaga produk secara dropship.

1) Melalui kedai-kedai berhampiran anda.

Inilah yang kami lakukan satu ketika dahulu ketika menjual kain batik secara online. Kami menggunakan konsep dropship yang mana kami berurusan dengan kedai batik berhampiran rumah kami.

Kami mengambil gambar produk dan masukkan ke dalam laman web kami kemudian kami 'mark up' harga berdasarkan harga pasaran. Kami dapat untung RM30-RM50 bagi setiap kain pasang yang terjual.

Namun, kami tahu bahawa tak ramai sanggup lakukan cara ini kerana ada perasaan MALU & KURANG KEYAKINAN DIRI. Betul tak?

2) Melalui kedai online yang ada.

Ini cara bagi orang yang ada perasaan malu untuk berurusan secara konvensional. Anda boleh lakukan urusan dropship dengan kedai online yang anda rasakan sesuai. Semuanya online!

Sejak 2 tahun yang lepas, pihak kami telah mendidik segelintir rakyat Malaysia untuk membuka kedai online mereka sendiri menggunakan Niagakit.

Jadi sekarang anda boleh manfaatkan kewujudan mereka dengan berurusan agar anda dapat menjual produk mereka secara dropship.Anda boleh ambil gambar mereka dan jual di mana sahaja yang anda
rasakan sesuai.

Jika mereka setuju maka BINGO! Kami sendiri pernah melakukan cara kedua ini dengan menjual produk di eBay. Namun, kelemahan method kedua ini ialah kebanyakkan sesebuah kedai online terhad dengan
beberapa jenis produk sahaja.

3) Langgan web dropship.

Aha! Ini juga satu langkah yang bijak kerana mereka menyediakan segala-galanya untuk anda. Di internet ni ada laman web yang menyediakan perkhidmatan dropship di mana mereka memahami segala
kehendak anda.

Mereka menyediakan gambar yang cantik untuk anda guna sebagai tujuan promosi. Mereka juga menyediakan kepada anda ribuan produk untuk anda jual. Ini menjimatkan banyak masa anda.

Namun, kebanyakkan web dropship ini akan mengenakan caj bulanan kepada anda. Jika laman web dropship international, mereka akan kenakan bayaran $30-$50 sebulan untuk anda menjadi ahli mereka.

Dan ada juga laman web dropship yang 'scam' dimana apabila kita menjual produk kepada pelanggan, laman dropship ini tidak menghantar barang pun kepada pelanggan kita. Akhirnya, kita perlu pulangkan kembali wang kita kepada para pelanggan. Rugi.

Itu sahaja perkongsian kami kepada anda kali ini. Selamat memilih method yang anda rasakan paling sesuai dengan diri anda. Kami sekadar berkongsi pengalaman kami yang tidak seberapa.




Sumber:Email

No comments